Aku takut ....

Salam , Hi . Maaf kepada readers blog aku (jika ada) , sejak kebelakangan ini , aku jarang update blog .
Maklumlah , terlalu sibuk dengan kehidupan harian . Petang tadi , sedang aku menyidai tudung sekolahku di ampaian luar rumah , aku ternapak sebuah lori bersama dua orang bangsa india menghendap-hendap rumahku daripada luar . Aku berasa takut . Ayahku tiada di rumah . Abang pula sedang tidur . Aku sudah kejut abang aku,namun dia tidak bangun . Ah,tidur mati memang begitu . Aku mulai rasa cemas . Takut orang yang tidak ku kenali itu masuk dan melalukukan apa-apa yang tidak diingini . Aku menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada ayahku 

   " Ayah , depan rumah ada lori . Ana takut la "

Selepas beberapa saat pesanan itu dihantar , ayahku menghubungi aku . Dia kata jika lelaki yang tidak dikenali itu cuba untuk memanjat pagar elektrik , segera hubungi ayahku agar dia pantas mengambil tindakan yang sepatutnya . Selepas menamatkan perbualan , aku meluru ke arah dapur untuk mengambil sebilah pisau untuk keselamatan . Aku pergi menyorok di sebalik dinding , memerhatikan dua orang yang curiga itu.Lama juga dia berada di depan rumahku.Aku tidak henti-henti memohon agar Tuhan yang Maha Kuasa melindungi aku dan keluargaku . Setelah penat menunggu orang itu , aku undurkan kakiku ke belakang dengan perlahan-lahan.Auch !!! Kakiku terlanggar 'sliding door' . Dua orang yang tidak ku kenali itu terdengar bunyi (bunyi pintu laa.Kan kaki aku terlanggar sliding door)
Mereka terdengar , tapi mereka lagak seperti biasa saja , seorang daripada mereka pergi ke arah pokok rambutan.Buah rambutan yang telah masak ranum memang enak dimakan ketika cuasa panas terik . *apa kene mengene ? hehe*
Lelaki berbangsa india itu memetik beberapa biji buah rambutan yang telah masak dan masuk ke dalam lori , lalu pergi daripada perkarangan rumahku.Hatiku lega.Aku menghantar pesanan ringkas kepada ayahku.

   "Ayah,orang tu dah pergi tapi dia ada curi rambutan ! " 

Selepas 10 minit berlalu , telefon rumah berdering . Aku mengangkat ganggang telefon . 

"Hello" suara seorang lelaki kedengaran . Suaranya seperti suara india . Ah . tapi aku tak pasti adakah orang itu india atau pun tidak .
Aku menjawab "Hello,nak cakap dengan siapa?"
Orang itu , menjawab kembali , " Hello,hello,helloo ? ada orang tak ? eh sorry , sorry " .... TALIAN TERUS DIMATIKAN . 
Sebelum aku meletakkan ganggang telefon , aku menjerit , "BODOH PUNYA ORANG ! NAK CAKAP , CAKAP JE LA BETUL-BETUL ! NAK MAIN-MAIN PULA " . 
Selang beberapa minit selepas itu,ayahku pulang.Hatiku tenang ! Akhirnya 'hero' yang aku kenal sejak aku lahir lagi sudah pulang untuk melindungi aku,abang,ibu dan atuk yang berada di rumah .
Itu saja kisah yang dapat aku kongsikan . Maaf jika Bahasa Melayu aku teruk ! Aku tak pandai buat ayat gramatis . Hmm . Bai . Salam . 

No comments:

Post a Comment