Masalah

Foto-med-elin-019_204323721_large

Malam yang pekat . Gelap gelita . Cahaya bulan dan bintang tidak kelihatan . Kini,hidupku bagaikan tiada cahaya seperti malam yang tiada cahaya bulan dan bintang . 

Aku harap suatu hari nanti aku akan bahagia . Bahagia bersama keluarga,kawan-kawan dan,,...
Ah,lupakan.Aku baru berusia 13 tahun.Pelbagai masalah datang menghempap diriku.Pening.
Aku memeluk tubuh.Masalah satu persatu berputar-putar memberi isyarat untuk terus memikirkan mereka.Membuat aku gila.Sesekali aku memandang sekeliling.Tiada siapa yang mengerti keadaan diriku.
Pernah aku terfikir hendak menceritakan masalah aku kepada orang yang aku percayai,tapi,,tidak perlulah aku membabitkan orang lain dalam masalah aku ini.Ah! Sampai mana aku bisa bertahan menanggung semua masalah ini ? Walaupun selama ini,aku nampak gembira,tak semestinya sekepal organ di dalam badan aku ini juga gembira.Tidak.
Lara hati.Lara jiwa.
Hari ini 29 haribulan.Hari yang  penuh kenangan pahit.Ah.
Aku ingin melupakan segala-galanya.Mengapa aku harus bersedih hanya kerana seorang bekas kawan yang pentingkan diri sendiri ?! Pergilah kau.Aku tak sanggup untuk berdepan dengan kau lagi,kawan tak guna.



No comments:

Post a Comment