Penyeri Hidup Saya :)


                   Andai kau ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya. Kerana apabila kita buntu kau mungkin akan menfitnahnya.
Andai kau ingin seorang kawan, janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya.Andai kau seorang sahabat.. terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna.





   Assalamualaikum . Hihi Oh yaa , Hello to non-muslims . Lamanya tak update blog . hhihi *kunyah pisang*

   Entry kali ni aku nak ceritakan tentang SAHABAT / KAWAN / Teman . Semua orang mesti ada kawan kan ? Mustahil la kita tak ada kawan . Mesti ada kan walaupun seorang ? Eh begitu juga aku . Kawan ni ibarat apa bagi korang ? Kalau bagi aku , kawan ni ibarat adik beradik . Tanpa mereka , hidup mesti sunyi . Tanpa mereka hati terasa kosong kosong ohh~ *rentak lagu Najwa Latif *

Diaorang lah yang paling dekat dengan hati kita . Bila kita tersenyum senang , dia ada disisi kita . Di kala kita sedih mahupun dalam kesusahan , dia lah yang tetap setia berada di samping kita . Haa , korang pernah kan gaduh atau berselisih faham dengan kawan korang ? eh mesti la pernah . tipu la kalau tak pernah . Tahu tak ? Pergaduhan antara kawan tu boleh mengeratkan dan mengukuhkan hubungan persahabatan kita . hihi . Tapi jangan lah sampai hari-hari gaduh . tu dah tk elok maa . 
Bawah ni , terdapat beberapa nama kawan aku yang paling aku rapat&sayang 




Aida ,Aina , Mas , Aqilah , Ayu , Aimi , Najah , Anis , Ailin , Irisyah , Madhuri , Cindy , Annur ,Mai , Sarah asyiqin , Erin , Wyna ,Jida , sarah karim , tiqa , eh banyak lagi la 



KAWAN sejati ialah KAWAN yang setia,
Sanggup berkorban demi kawan mereka,
Pada suatu hari CINTA terjatuh dalam telaga,
KENAPA?
Kerana CINTA itu buta.

Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga,
KENAPA?
Kerana KAWAN akan berbuat apa sahaja demi CINTA.

Didalam telaga CINTA hilang.
KENAPA?
Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.
Sedangkan KAWAN masih tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.
KENAPA?
Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia :)

Terima Kasih KAWAN 
kerana ..
saat aku tersenyum gembira , kau juga turut tersenyum senang .
dikala aku berduka dan air mata membasahi pipi , kau la setia menemani diriku dan menghapuskan airmataku .
waktu aku terjatuh , kau sentiasa menghulurkan tangan untuk meyambutku bangkit berdiri teguh kembali .
Kau tetap setia berada di sisiku . Semoga Tuhan pelihara persahabatan kita sehingga ke Syurga . 

Kawanku , aku mohon , tetaplah berada disisiku sampai bila-bila . Sesungguhnya , aku amat menyayangi kamu semua seperti aku menyayangi diriku . Terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku . Jika aku ada menyinggung perasaan kau , maafkanlah aku . Aku tidak pernah berniat untuk menyakiti kau . 

Secebis senyuman membawa beribu makna . Memori bersama kekal di ingatan . 
Tiada istilah PERPISAHAN dalam sebuah PERSAHABATAN walaupun MAUT noktahnya 



No comments:

Post a Comment