Worst Dream Ever :(

Assalamualaikum to Muslim and HI to non-muslim :)
Okay . Todayy , 7 May 2012 . 


Malam tadi hujan lebat..Petir sambung-menyambung.. Sejuk sangat ! Syok tidurr .
Okay , nak mula cerita ni .. Orang tua-tua kata kalau dapat mimpi buruk jangan cerita dekat orang , tapi aku nak cerita jugak . hehe .


Al-kisah .....




      .... Aku tersedar dari tidurku.Matahari telah pun tegak.Aku bangun dan duduk di atas katil sambil menggosok-gosok mataku..Dengan malas,aku berjalan perlahan menuju ke tandas untuk membasuh muka dan gosok gigi.Usai gosok gigi dan membasuh muka,aku duduk di atas kerusi.Menonton televisyen bersama abangku.Ayah aku menegur kami berdua . Berleter kerana kami sering bangun apabila matahari telah tegak di atas kepala . Aku dan abangku hanya diam saja.Ayah aku mengarahkan kami agar bersiap-siap untuk ke Melaka . Aku terpaku . Masih duduk di atas kerusi.Begitu juga abangku.Aneh..
Kenapa ayahku suruh kami bersiap-siap ? sekarang kan bulan puasa.Jarang ayah membawa kami sekeluarga untuk ke Melaka semasa bulan Puasa.Sedang aku berfikir ,, ayah aku menyergah aku . "Hey ! asal tak siap lagi ni ?! Nak pergi beli baju raya ke tak ? kalau tak nak tak apa . Boleh save duit."
Oh,baruku tahu.Ayahku ingin membelikan kami baju raya untuk raya yang bakal menjelang.
Abang aku bangkit daripada kerusi lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk bersiap-siap.
Lalu,aku juga masuk ke dalam bilik mandi lagi satu untuk bersiap-siap . Selepas siap,kami sekeluarga masuk ke dalam perut kereta untuk ke Melaka dengan menaiki kereta kesayangan ayah.Dalam kereta,kami semua hanya berdiam diri bertemankan lagu yang dimainkan oleh radio.
Selepas satu jam setengah kami berada di dalam kereta.Aku dan keluargaku keluar dari kereta.Ayahku mengunci stereng keretanya.Usai membeli-belah,kami sekeluarga mengisi perut yang kosong di sebuah restoren.Aku memesan Nasi Lemak Ayam Perchik dan air fresh oren.Abangku pula memesan Nasi Goreng Ikan Masin dan milo ais . Ibu bapaku pula memesan kuey teow basah dan air laici.
Selepas mengisi perut , kami  pulang ke rumah .
Jam 5 petang,kami tiba di rumah.Kereta ayahku masuk ke perkarangan rumah dan memakir keretanya.
Belum sempat ayahku ingin menutup pagar,tiba-tiba tiga orang lelaki berbadan tegap berpakaian serba hitam sambil bertopeng datang menuju ke arah kami.Dia menyuruh ayahku untuk menyerahkan barang yang berharga dan duit kepadanya.Seorang lagi menahan abangku daripada menolong ayahku.Lagi seorang menarik beg tangan ibuku.Aku berjaya lari masuk ke dalam rumah untuk menelefon pihak polis.
Aku bersyukur kepada Allah kerana nenek dan datukku berada di hospital,bukan di rumah.
Perompak itu mengejar aku masuk ke dalam rumah.Aku berlari menuju ke bilik , lalu mengunci pintu bilik.
Belum sempat aku ingin mengunci pintu bilikku,lelaki itu berjaya menarik tanganku dengan ganas . 
Dia mengugut aku agar tidak menjerit dan lawan , jika tidak, aku akan dibunuh olehnya.Aku berasa sangat cemas.Air mata mula bertakung di kelopak mataku . TIDAK ! Aku tidak boleh menangis ! Aku harus mempertahankan nyawa keluarga aku . Aku bertanya kepada lelaki itu .. 


"Mana keluarga aku yang lain?! "
Lalu dia menjawab " Jangan risau,keluarga kau yang lain ada di luar . Ayah dan ibu kau kene ikat. "
Aku membalas "abang aku mana?!! " dengan nada yang agak cemas dan marah.
Lelaki itu hanya diam sambil senyum sinis . Aku mula rasa curiga . Kemanakah mereka membawa abangku ? Ke mana ?! Soalan itu membentak fikiranku bertalu-talu . 
Aku bertanya lagi , " WOY bodoh ! Mana abang aku ?!! Kau jangan buat apa-apa dengan keluarga aku ! Kalau tak , nahas kau aku kerjakan ! "
Perompak itu memandangku dengan muka yang marah , dia mencekik aku lalu berkata "abang kau dah ..... melayang"
Apa.? Tak mungkin .. Air mata mula jatuh . Aku menjerit , memanggil abangku . Aku ingin pastikan dia selamat dan apa yang dikatakan oleh lelaki itu hanyalah tipu ! 
"ABANG ! ABANG ! MANA KAU ?! "
Perompak itu menghalakan pisau ke arahku tanpa berkata apa-apa . Aku mengerti,dia mahu aku diam.
Tiba-tiba,lelaki itu tumbang , rebah ke lantai . Aku tercengang . Tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang.
Sedangku berdiri di situ , tiba-tiba terasa tanganku ditarik . Aku memalingkan kepala . Ya Allah . Syukur .. Abang aku masih bernyawa . Dia menarik tanganku , menuju ke luar dengan melalui pintu belakang di dapur . 
Apabila dia buka sahaja pintu belakang itu , perompak itu ! Ada di depan kami ! Dia tikam abang aku bertubi-tubi . Lalu , abang aku menjerit , meraung kesakitan yang ditanggung olehnya sekarang...
Dia menjerit ,, " ANA ! Pergi keluar cepat ! Lari ! Polis dah ada dekat luar ! Lari ! "
Aku , tergamam . Bagaimana aku ingin melarikan diri sedangkan abang aku sedang bertarung nyawa sekarang?! Bingung ... Abangku menengking aku , " WOYH BODOH ! PERGI LARI KELUAR CEPAT ! KAU PEKAK KE APA ! CEPAT ! SEMENTARA AKU TENGAH TAHAN JANTAN SIAL NI ! PERGI !! "
Tanpa berfikir lagi , aku berlari keluar rumah . Sedangku berlari , aku terdengar jeritan abangku.Ya Allah,, apalah nasib abang aku sekarang .
Aku bergegas lari . Aku memeluk ibu bapaku . Polis telah pun menahan dua orang lelaki itu . 
Ibu dan bapaku bertanya kepadaku " mana abang? "
Aku terdiam . Membisu . Tiada kata-kata yang dapat aku keluarkan daripada mulutku.Kepalaku pening.Penglihatan aku semakin kabur.Lalu aku pengsan..Tidak sedarkan diri.
Malam yang sejuk..Aku tersedar daripada tidur.Ibu dan ayahku ada di sebelah aku.Mungkin menunggu aku sedar . Aku tidak berkata apa-apa.Mereka hanya memandang aku dengan wajah yang sedih.Ibu aku menangis.Aku pelik..Mengapa mereka sedih ? Ayah aku memberitahu aku bahawa abang aku telah pun tiada.Tidak...Pada mulanya aku tidak percaya..Ahh , sakitnya kepalaku.Aku imbas kembali apa yang terjadi sebelum ini ... Tidak . Aku tidak ingat apa-apa..Kepalaku sakit.Aku tidak berdaya untuk ingat kembali apa yang terjadi sebelum ini.
Aku berkata " ibu,ayah, jangan merepek.Ana baru je gaduh dengan abang tadi"
Ibu dan ayahku menangis... Ayahku menjawab .. " Ana,abang dah tkde..Rumah kita kena rompak semalam.Abang kena tikam semalam.Kita kena terima hakikat."
Air mata mula jatuh daripada kolam mata.Jika abang aku tidak menolong aku , pasti dia masih ada lagi.Sepatutnya aku yang mati ! Bukan dia . Ya Tuhanku,,tabahkanlah hatiku..Mengapa semua ini mesti terjadi ? Mungkin semua ini ada hikmahnya.




Tamat ... Lepas aku mimpi tu , aku terus nangis . Aku pergi dekat bilik abang aku. Aku tengok dia tengah tidur . Huh.. Lega . Aku pergi dekat bilik abang aku mungkin sebab aku mamai masa tu.... Cerita ni betul.Aku tak tipu :(
Mulai harini , aku taknak benci dia .. 
Aku sayang abang aku sangat-sangat . 
Aku sayang kau Hafizudin Fikri 
Jangan tinggalkan aku weyh.Aku perlukan seorang abang supaya hidup aku ceria ! 
Dalam mimpi aku , dialog dia lebih kurang macam tu .


Semoga Allah panjangkan umur orang-orang yang aku sayang . Amin .
Okay , baibai . Assalamualaikum . 

No comments:

Post a Comment